Wednesday, February 16, 2011

Kunjungan Tun Dr. Mahathir ke Pekan Rabu

Seperti kebiasaan, setiap tahun pada bulan puasa, Tun Dr. Mahathir akan meluangkan masa berkunjung ke Pekan Rabu. Justeru, pada 22hb Ogos 2010, beliau ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah telah berkunjung dan membeli belah di Pekan Rabu. Kunjungan beliau telah menarik perhatian peniaga-peniaga di Pekan Rabu dan pengunjung yang turut berada di sekitar Pekan Rabu.

Isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah turut mengambil peluang untuk menempah beberapa jenis kuih raya di salah sebuah gerai kuih tradisional.


Beberapa orang peniaga/ahli turut mengambil peluang beramah mesra dan berbincang mengenai keadaan Komplek Pekan Rabu bersama Tun Dr.Mahathir.


Kesempatan yang ada juga digunakan oleh Tun untuk mencuba kasut capal di gerai Sdra Sardi.

Tun Dr. Mahathir di sebuah kedai buku dalam Pekan Rabu.

Sesungguhnya kunjungan beliau ke Komplek Pekan Rabu amatlah dialu-alukan oleh semua warga Pekan Rabu.

No comments:

Post a Comment