Wednesday, February 16, 2011

Kunjungan Tun Dr. Mahathir ke Pekan Rabu

Seperti kebiasaan, setiap tahun pada bulan puasa, Tun Dr. Mahathir akan meluangkan masa berkunjung ke Pekan Rabu. Justeru, pada 22hb Ogos 2010, beliau ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah telah berkunjung dan membeli belah di Pekan Rabu. Kunjungan beliau telah menarik perhatian peniaga-peniaga di Pekan Rabu dan pengunjung yang turut berada di sekitar Pekan Rabu.

Isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah turut mengambil peluang untuk menempah beberapa jenis kuih raya di salah sebuah gerai kuih tradisional.


Beberapa orang peniaga/ahli turut mengambil peluang beramah mesra dan berbincang mengenai keadaan Komplek Pekan Rabu bersama Tun Dr.Mahathir.


Kesempatan yang ada juga digunakan oleh Tun untuk mencuba kasut capal di gerai Sdra Sardi.

Tun Dr. Mahathir di sebuah kedai buku dalam Pekan Rabu.

Sesungguhnya kunjungan beliau ke Komplek Pekan Rabu amatlah dialu-alukan oleh semua warga Pekan Rabu.

Tuesday, February 8, 2011

Selamat Datang Ke Blog Pekan Rabu Alor Setar
Pekan Rabu Alor Setar merupakan destinasi pelancungan ditengah bandar Alor Setar kini dengan kemudahan terbaru disediakan escalator dari hentian bas Medan Tunku untuk menyeberang Jalan Tunku Ibrahim ke Pekan Rabu.

Gambar Menara Pekan Rabu Alor Setar



Lapuran dari Wikipedia :


Lapuran Pengunjung :

Saya dapati ramai pengunjung yang telah mengambil gambar dan menulis mengenai Pekan Rabu Alor Setar didalam blog, antaranya ialah : (maaf jika blog anda tidak tersenarai, saya guna search google sahaja).