Tuesday, March 22, 2011

Promosi Perabot Jati Dan Barangan Kraftangan Di Dataran Che Det Walk

Sepanjang bulan March 2011, Dataran Che Det Walk Pekan Rabu Alor Setar penuh dengan barangan perabot berasaskan kayu, di mana reka bentuk perabot yang dipamerkan amat menarik dan harga yang ditawarkan juga berpatutan......Selain itu, terdapat juga barangan kraftangan yang unik..Jadi, jangan ketinggalan untuk melihat lagi apa yang ada...Marilah sama-sama ke Promosi Perabot Jati dan Barangan Kraftangan 2011...

Kerusi unik seperti zaman purba

Jualan bola besar berwarna-warni turut memeriahkan lagi Dataran Che Det Walk.

Ukiran kayu yang berseni

Bunga hiasan


Pelbagai reka bentuk meja, kerusi dan bermacam lagi barangan perabot dan kraftangan yang terdapat di sini..

Promosi ini berakhir pada 31 Mac 2011...

Sunday, March 20, 2011

Ekspo Jualan Produk-Produk Koperasi dan Usahawan 2011

Ekspo ini telah diadakan pada 12-20 Mac 2011 bertempat di Dataran Che Det Mall bersempena musim cuti sekolah dan bertujuan mempromosi barangan dari usahawan-usahawan.

Banner SELAMAT DATANG untuk menarik pengunjung datang memeriahkan lagi Ekspo di Pekan Rabu..

Antara yang menarik di ekspo ini...

Produk Norhaza Enterprise, usahawan dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia


Produk dari Penawar Industries

Produk dari usahawan bimbingan MADA

Pendapat orang yang mencuba beras MADA, kata mereka..SEDAP!!

Sos mangga bercili

Cuka Nipah

Mushroom Flavoured..Penuh khasiat dan lazat pula..

PROTON turut mengambil peluang mempromosi kereta terbaru keluaran mereka.

Pengunjung dapat melihat lebih dekat dan berpeluang untuk bertanyakan keistimewaan kereta terbaru itu dengan wakil pihak PROTON sendiri.

Terdapat juga aktiviti kemasyarakatan di ekspo ini iaitu Kempen Derma Darah. Ia turut mendapat perhatian orang ramai.

Thursday, March 10, 2011

JOM P EKSPO!!!

Jom pakat-pakat mai EKSPO JUALAN PRODUK-PRODUK KOPERASI DAN USAHAWAN 2011..macam-macam ada......

Tarikh : 12-20 MAC 2011
Tempat : Dataran Che Det Mall, Komplek Pekan Rabu

Ekspo ini dianjurkan oleh Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Sempena musim cuti sekolah ni, Pekan Rabu memang menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung...Jadi, jangan ketinggalan untuk turut sama memeriahkan EKSPO ini!!~~

Wednesday, February 16, 2011

Kunjungan Tun Dr. Mahathir ke Pekan Rabu

Seperti kebiasaan, setiap tahun pada bulan puasa, Tun Dr. Mahathir akan meluangkan masa berkunjung ke Pekan Rabu. Justeru, pada 22hb Ogos 2010, beliau ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah telah berkunjung dan membeli belah di Pekan Rabu. Kunjungan beliau telah menarik perhatian peniaga-peniaga di Pekan Rabu dan pengunjung yang turut berada di sekitar Pekan Rabu.

Isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah turut mengambil peluang untuk menempah beberapa jenis kuih raya di salah sebuah gerai kuih tradisional.


Beberapa orang peniaga/ahli turut mengambil peluang beramah mesra dan berbincang mengenai keadaan Komplek Pekan Rabu bersama Tun Dr.Mahathir.


Kesempatan yang ada juga digunakan oleh Tun untuk mencuba kasut capal di gerai Sdra Sardi.

Tun Dr. Mahathir di sebuah kedai buku dalam Pekan Rabu.

Sesungguhnya kunjungan beliau ke Komplek Pekan Rabu amatlah dialu-alukan oleh semua warga Pekan Rabu.

Tuesday, February 8, 2011

Selamat Datang Ke Blog Pekan Rabu Alor Setar
Pekan Rabu Alor Setar merupakan destinasi pelancungan ditengah bandar Alor Setar kini dengan kemudahan terbaru disediakan escalator dari hentian bas Medan Tunku untuk menyeberang Jalan Tunku Ibrahim ke Pekan Rabu.

Gambar Menara Pekan Rabu Alor Setar



Lapuran dari Wikipedia :


Lapuran Pengunjung :

Saya dapati ramai pengunjung yang telah mengambil gambar dan menulis mengenai Pekan Rabu Alor Setar didalam blog, antaranya ialah : (maaf jika blog anda tidak tersenarai, saya guna search google sahaja).